Kontrak Unifi & Penalti Tamat Awal: Apa Yang Anda Perlu Tahu
Sebelum mendaftar, penting untuk faham kontrak Unifi supaya tiada kejutan di kemudian hari.
Berapa lama kontrak Unifi Home?
- 100Mbps, 300Mbps dan 500Mbps: 27 bulan (untuk promosi percuma 3 bulan).
- 1Gbps dan 2Gbps: 24 bulan.
- Semua pakej Unifi Business: 24 bulan.
Berapa penalti jika tamat kontrak awal?
Menurut Unifi, jika anda tamatkan perkhidmatan sebelum kontrak habis, anda perlu membayar yuran langganan penuh untuk baki bulan kontrak. Contohnya, jika anda langgan 300Mbps pada RM129 sebulan dan tamatkan dengan baki 6 bulan, anggaran penalti ialah 6 ร RM129 = RM774.
Cara tamatkan perkhidmatan
- Beri notis 30 hari melalui Live Chat atau di Unifi Store/TMpoint.
- Jelaskan bil pra-akhir.
- Anda akan terima panggilan pengesahan.
- Peranti seperti router tidak perlu dipulangkan.
- Jika langganan anda dibundel dengan Unifi Mobile, penamatan boleh menjejaskan talian mudah alih juga.
Bagaimana jika pindah rumah?
Anda tidak perlu tamatkan kontrak. Unifi menyediakan perkhidmatan pemindahan secara percuma selagi perkhidmatan aktif dan bil dijelaskan. Kerja bukan standard di alamat baharu mungkin dikenakan caj, dan nombor telefon rumah anda mungkin berubah.
Tukar ke pakej lain di tengah kontrak?
Boleh. Namun pakej baharu yang lebih berbaloi mungkin datang dengan tempoh kontrak baharu, sama ada anda masih dalam kontrak semasa atau tidak.
Penggantungan perkhidmatan
Jika perkhidmatan digantung dalam tempoh kontrak, bilangan hari penggantungan akan ditambah ke tempoh kontrak anda.
Nak daftar Unifi?
WhatsApp kami. Kami semak liputan dan uruskan pendaftaran untuk anda, percuma.
WhatsApp 011-7606 5509 Lihat PakejSumber rujukan: Soalan Lazim Unifi (unifi.com.my). Maklumat tepat pada 7 Nov 2026; harga dan promosi tertakluk kepada perubahan.