Cara Daftar Unifi Home 2026: Panduan Lengkap Langkah demi Langkah
Nak pasang internet fibre di rumah? Proses daftar Unifi Home sebenarnya ringkas. Dalam panduan ini kami terangkan langkah demi langkah, dari pilih pakej sehingga hari pemasangan.
1. Semak liputan di alamat anda
Perkara pertama ialah memastikan rangkaian fibre Unifi sudah sampai ke kawasan anda. Anda boleh semak sendiri di laman Unifi, atau hantar alamat kepada kami di WhatsApp dan kami semakkan untuk anda.
2. Pilih pakej yang sesuai
Pakej Unifi Home bermula dari 100Mbps hingga 2Gbps. Secara ringkas:
- 100Mbps (RM89/bulan) untuk rumah kecil dengan 1 hingga 3 pengguna.
- 300Mbps (RM129/bulan) untuk kebanyakan keluarga dan kerja dari rumah.
- 500Mbps (RM149/bulan) untuk keluarga besar yang banyak streaming dan gaming.
- 1Gbps dan 2Gbps untuk rumah besar dan pengguna berat.
Belum pasti? Baca perbandingan pakej Unifi kami.
3. Sediakan dokumen
Anda hanya perlukan salinan MyKad (atau pasport untuk bukan warganegara) dan alamat pemasangan. Pastikan nama dan nombor kad pengenalan sama seperti dalam dokumen rasmi.
4. Hantar permohonan
Unifi menerima pendaftaran secara online, di TMpoint, dan melalui pengedar serta reseller sah. Jika daftar melalui kami, anda cuma perlu WhatsApp pakej pilihan dan dokumen; kami isi borang dan hantar permohonan untuk anda.
5. Pilih tarikh pemasangan
Semasa mendaftar, anda boleh pilih tarikh dan slot masa pemasangan, tertakluk kepada kekosongan. Unifi akan hantar SMS dalam masa 3 hari untuk sahkan temu janji. Jika perlu tukar tarikh, buat melalui aplikasi MyUnifi sekurang-kurangnya 24 jam sebelum.
6. Hari pemasangan dan bayaran pendahuluan
Pemasangan biasanya mengambil masa 4 hingga 8 jam. Untuk promosi Home semasa, bayaran pendahuluan RM100 dibuat dalam 10 hari selepas pemasangan, dan jumlah ini dikreditkan ke bil Unifi anda.
Nak daftar Unifi?
WhatsApp kami. Kami semak liputan dan uruskan pendaftaran untuk anda, percuma.
WhatsApp 011-7606 5509 Lihat PakejSumber rujukan: Soalan Lazim Unifi (unifi.com.my). Maklumat tepat pada 7 Nov 2026; harga dan promosi tertakluk kepada perubahan.